Home ABOUT Facebook Twitter +Follow

Waktu waktu ijabah
Assalamualaikum peeps <3
Semua orang tertanya tanya apa itu waktu waktu ijabah kan kan? Sini aku ada kesimpulan segala persoalan yg melanda. Aku pernah terbaca dalam buku Penyakit dan Penawarnya yg menyatakan tentang waktu-waktu Ijabah iaitu waktu Allah menjawab doa kita. Waktu Ijabah ni ada enam iaitu :
> sepertiga terakhir daripada waktu malam
> waktu azan (dikumandangkan)
> waktu azan dan iqamah
> selesai solat fardhu
> waktu imam naik mimbar hingga selesai solat pada hari itu
> pada waktu-waktu terakhir setelah solat asar.

Selain waktu ijabah, perkara yang perlu diambil kira adalah adab dalam berdoa iaitu :

> Hati benar-benar merasa hadir dan bertemu dengan Allah swt sehingga mampu menumpukan khusyuk
> Merendahkan diri serta tunduk khusyuk ke hadrat-Nya
> Menghadap arah kiblat
> Harus dalam keadaan suci. Kalau boleh dakan keadaan berwudhuk
> Mengangkat tangannya kepada Allah
> Memulainya dengan pujian kepada Allah . Misalnya membaca selawat ke atas Nabi.
> Sebelum menyampaikan keinginannya, seseorang terlebih dahulu memohon ampunan dan bertaubat kepada Allah, misalnya "Astaghfirullah al-azim wa atubu ilaihi"
> Mengajukan permohonan kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh 
> Berdoa dengan penuh harap dan takut, bertasawul kepadaNya dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya dan mengesakanNya
> Mengeluarkan sedekah sebelum berdoa.
Sesungguhnya doa seperti itu tidak ditolak .. Namun,perkara-perkara yang mempengaruhi gagalnya suatu doa adalah sifat tergesa-tergesa dalam menanti ternakbulnya doa.. Terlalu terburu-buru dalam berdoa sehingga merasakan putus asa untuk berdoa.. Akhirnya, meninggalkan doa sama sekali..

← New Past →

Created by S.KhadijahAhmad