Home ABOUT Facebook Twitter +Follow

Anak no 2!
Assalamualaikum Peeps :)

Hai hai hai !!! Apa khabar semuaaa? Lamaaaanyaaa tak update blog kan kan? Lately ni busy dgn test, assgment, quiz dan aktiviti poli. Yelahh al maklum lahhh cuti semester semakin hampirr jek dan kerja pun menimbun-nimbun tau, Haihhhh ==' *jgn mengeluh okeyh Ijah! Haaaa back to normal act aku nak aku ada isi yg nak di share kan nyaaa. Tapi buat sekadar tatapan yerr dan tk perlu nak terlalu obses sgt. HAHA. Mengenai perangai anak nombor dua. Di sbbkan aku anak nombor dua dan aku akan jwb serba sedikit mengenai perangai anak nombor dua ni okeyh? Hihi.
Okeyhh let's continue...


ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

Me: Betul jugak yg ni sometime lah. Hihi tapi best ghahaha.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

Me: Hmmmmm.. Yer kott tapi suka di pujuk adalah. Manja! HAHA.


BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

Me: InsyaAllah, setia mmg setia tapi kalau jodoh yg kita bersama yg kita setia tu,Alhamdulilah. Mintak2 lah kan jodoh aku dgn dia.
Dan mntak2lah dia adalah jodoh yg terbaik utk aku serta dpt membimbing aku ke jln ALLAH. Aminnn..
 (Mohd Irfan Bin Mohd Zulkipli)
:D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

Me: Erkkkkk -,- yg statement ni eyhh?? Hmmm kekadang yer and kekadang tak pun. Ada jugak perasaan toleransi sikit tau. Haihhhh ==' HAHAHA.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

Me: Haaaa, yg ni sokong nampak aje keras tapi hati lembut sgt tau. Hihi. Cepat touching sesuatu yg menyentuh perasaannya. Cewahhhhh! Hihi. Haaa kalau kena tegur mcm tk bole terima sometime! hihi :p


BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

Me: Yup! yg ni betul kot. Sbbnyaa mak lepaskan aku belajar jauh2 ni haaa kat Pahang! Tanya mak : Berani mak lepaskan Ijah erkkk? Mak jwb:Mak percayakan kau. So? Hihi


ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

Me: Yup! Terasa mcm jdk org suruhan pulak. Geram lepastu bila dah tolong tak reti nak berbahsa kan. Geram tauu Mak Jah ni! Haaa kan da t'emosi. Hihi..


PEMAAF DAN CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

Me: Hurmmmm.. Betul jugak nie,yelahh buat apa nak marah lama2 kan? Blh cepat tua tau! HAHAHA. :D Mcm nie baru betul. Senyummmm.. :)

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.

Me: Yg ni ek? Tak jugak yunk. Kalau tak ada buat cara tak ada, Klu ada pakai jek lah kan. Hihi.





Wahhhh, Majoriti semuanyaaa byk ada pada aku lah tapi taktau lah pulak kalau tak ada kepada sesiapa yg anak nombor dua kann. Hihi Tk perlu percaya kot sbb ramalan. Tapi apa yg dia ramal tu ada jugak lah kat aku kan. Hihi. Okeyhhlah reader aku mahu berundur thanks baca sampai habis. Maaf kalu ada yg tersalah. Sesungguhnya yg baik dtgnya dari Nya dan yg buruk dari aku. Assalamualaikum :)










Erti Sebuah Pesahabatan


Assalamualaikum peeps :)

Apaa khabar semuanyaa? Rasanyaaaa dah lamaa sangat aku tak update entry kt blog ni kan. Entahh lahhh sejak kebelakangan ni busy plus idea tak ada pun jugak. Hihihi. Tgk ni haa blog aku da bersawang-sawang dahh. Puhhh..puhhh..puhhh *tiup sawang-sawangg.. So,Harini aku nak update mengenai "Erti Sebuah Pesahabatan". Tetiba jek rasa nak post mengenai sahabat. Hehe. Benda ni untuk kita semua termasuk lahh aku :) Hihihi. Kita ni kkdg berkwn tak sedar apa yg berlaku dia kecik hati ke? Tak suka ke? Or pape jekk lahhh. Ni mehh nak share sikit HEHE :) Mari baca yer kwn-kwn ku sekalian :



1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…
2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…
3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…
7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…
9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…
10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…

Persahabatan…
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
3) Hak dalam lidah dan hati 
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”
sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap diperbetulkan bersama..insyaAllah.
wallahua’lam..

Hanya sampai disini sahajaa yg dpt aku share kan. Semoga memberi manfaat kepada kita semua :)  Thanks for reading my entry until end. *Ayaat terabur,maklum lah tk pernah g Oversea :p. Sekian
I'm came back
Asslamualaikum and Good Morning Peeps :)

Hooohh! Dah lama sgt rasanya aku tk update belog kan kan? Korang nak dgr tak cerita semuanya apa yg trjdi? Tpi tkada lahh yg lapuk-lapuk punya,tp latest punya story. Hihik. Yg perempuan meyhhh ddk bersila rapat-rapat. Yg llki tu ddk bersila jugak tpi jauh-jauh sikit okeyh :)
Cerita apa erkk nak mulakan dulu? *berfikir sejenak. Hummmmmmm.... Tinggg!! Haaa da dapat punn! Hehe :D Okeyhh skrg nie aku da masuk semester 2 dkt Politeknik Muadzam Shah tue. Pejam celik pejam celik tup tupp sem1 dah hbs and dah masuk sem2 pun. Kejap jek kan masa berlalu? Sesungguhnya itu semua kerja Allah and Alhamdullah aku masih bernafas dimuka bumi ini Fuhhhhhh~~~~.

Lepas sem1 kiteorg cuti pun tk sgt pun just 2minggu lebih jek. Apa lahh yg nak dibuat 2minggu lbh tu? Kerja pun tk bokehh lahh. Yerlaaahh kena kerja lahh aku bukan dlm golongan keluarga yg berada just sederhana jek so boleh lah berdikari sendiri sikit-sikit berkrja kan kan? Tp hampehhh tk boleh pun. Mybe tkada rezeki aku lagi kot nak brkrja time cuti sem1 ni. Mybe next holiday sem2 kan? Dgr-dgr cerita cuti sem2 ni cuti 2bulan kot. Sempat lahtu nak kerja kan? *excited. Okeyhh Stop Ijahh! Study study study. Up kan pointer kau tue haaa yg tak berapa nak best tue plus yg tk dpt Anugerah Ketua Jabatan (AKJ). Yahhh baru-baru nie result sem1 da keluar dah. Dlm kelas aku ramai jugak lah yg AKJ dlm 19 org. Hampir separuh dari budak kelas aku lah. Tahniah guysss! Make sure next sem(sem2) satu kelas kita AKJ okeyh? HAHA. *perasan lah ijahh. Tpi kalau beruaha why not satu kelas AKJ right?

Sila lah click if you want see. My result sem 1.

Sem 1 punya result aku tk lepas aku nk dpt AKJ. AkJ at least 3.5 above tapi aku dapat 3.46 jek lagi 0.04 lagi jek aku nak AKJ kot tpi tkpelahh mybe belum rezeki aku lagi kot. Mak dgn ayah pun ckp mybe tkada rezeki aku utk sem 1 da usuha lebih lagi. Baik lah Boss! hehe.

Okeyh habis cerita sem1 ,now nak ckp pasal sem2 pulak. Hikhik nak tahu tak? *psttt aku kan dftr sem2 sendiri tau. Parents tak hantar pun kiranya balik naik bus lah. Berdikari kan kan? HAHA. 

bersama Rita Zaharah OTW to Muadzam.

Haaa,act aku dftr haritu bukan seorg diri pun tp bersama my friend,Rita. Dia pun sama mcm aku just dftr sndri jek tapi kteorg tk kesa pun yg penting berkat parents kita dah ckup right? It's okeyhh lahh and now Alhamdullah aku dah selamat dftr utk sem2 nie. InsyaAllah lps ni semuanya sendri-sndri jek. And sem2 ni aku amik 8subjek? Ya Allah!! Banyaknya...kena strugle kuat lagi dan lagi. Hehehe. Tp masuk final 4 subjek. Tp pecah otak kot 4 subjek tu. Tkpe insyaAllah i can do it! :D




Terselah muka kebosanan semasa dalam perjalanan ke Muadzam dlm Bus! HAHA. Bersama RITA ZAHARAH ABD WAHID.
FULLSTOP!!!

Okeyhh aku rasa sampai sini jek kot aku nak update blog nie and insyaALLAH aku akan update lagi semua cerita-cerita yg terkini *HOT STORY HAHA. Ataupun petua-petua and bla bla bla something. InsyaALLAH :D Thanks guys yg sudi baca cerita aku sampai THE END! 
ASSALAMUALAIKUM :)



Past →

Created by S.KhadijahAhmad