Home ABOUT Facebook Twitter +Follow

'TUAH' name
Assalamulaikum peeps =(

Why aku sedih sgt nie? Yeahh! Aku sedih sgt sgt nie. Nak nangis skjap,sobb..sobb..sobbb.. :'/ <------Muka sdg nangis. Adakah sudah tertulis suratan takdir yg dia telah pergi buat selama-lamanya? Ouhh,terpaksa lah aku lepaskan dia dgn berat hati. Hwaaaaaa! Huhhh, Tuah kena langgar. Kena langgar dgn apa aku tk pasti sbbnya aku dpt tahu dari jiran rumah aku. Sedang asyikk ber-Facebook,ber-Twet dan ber-Blogging ttb pintu rumah di ketuk bertalu-talu dan kebetulan pulak aku kat rumah tinggal sorang sbb yg lain pergi kenduri. Aku pun buka lah pintu dan jiran aku bertanya,mak mana? Then aku jwb mak tkada lah cik. Then dia tnya kucing yg putih and ada oren oren tue siapa punya? Kucing awk ke? Cuba pergi tgk sbb mati kena langgar *dlm hati aku berdebar-debar,dan berharap bkn kucing aku. Bila anak dia bwk tunjuk dkt aku, Allahuakbar! Laju rasanya air mata nie mengalir tgk keadaan kucing tue dan paling buat hati aku sayu tue kucing AKU! Tidakkkk! Kenapa saat aku tgh bergembira kau tinggalkan aku wahai 'TUAH'. Yerghh,nama dia 'TUAH' sbb  kami yg jumpa dia dan amik jaga dia sbb ber'TUAH' jumpa kami,kami yg bela kalau jumpa Anjing mcm mana? Mahu dijdikan santapan Anjing yg tiada belas kasihan. Sbb apa aku sdg bergembira? Semestinya Lulu lahirkan anak dia. Adakah nyawa mereka bertukar ganti dgn si 'TUAH' itu?

Betapa sedih dgn pemergian 'TUAH'

Arghhhh! Tidakk makin di fikir dan di ingatkan balikk rasa mcm nak meraungg jek. Tanpa buang masa lagi aku terus masuk dlm rumah dan amik handphone terus call mak dan bgtau semua nie,bercerita and bla..bla..  Mak suruh tanam jek kalau abg da balik kerja. Masalahnya abg belum blik kerja lagi, then masa tue pulak anak jiran telah menwarkan khdmat bantuan nak tolong tanamkan mayat 'TUAH'. Mak suruh tanam secepat yg mungkin,sbb mak tk snggup nak tgk kucing mati. Mak dia seorg yg penyayang tk boleh tgk kucing mati atau benda yg menyayat hati mesti automatik air mata laju turun tanpa hentinya. Kteorg semua ikut mcm mak lah nie 'PENYAYANG' hikhikhik ^^, <--- Muka gembira. Ya Allah! Aku pegang mayat 'TUAH' badan dia da lembik sangat,tengkuk dia da patah dan darah banyak sangat kat badan dia,dia telah berlumurkan dgn  darah. Sayu sgt hati aku ketika pgang mayat tue, di saat itu air mata aku mengalir lagi dan lagi. Sampai  ank mkck jiran yg lgi satu tnya,'Kenapa akk nangis?' Then aku diam jek =='. Mesti lahh akk sedih dik oii,tp itu tk terluah saat itu.

Sedihnya kucing aku mcm nie. Sob.sobbb... :'(

Lima belas minit berlalu kami sudah siap tanam mayat kucing tue berhambiran dgn rumah jugak tanamnya dan jugak siap jirus dgn air jalan yg ada darah 'TUAH'.  Yerghhh! Kami sgt sygg dgn si 'TUAH' nie sbb dia sangat lincah,suka ajak bermain-main tk kira tmpt dn wktu okeyh! Dia jugakk kann lain yg drpda yg lain sgt perangainya that's why kami terlalu sygkan dia. Dan paling sayat hati aku,nnt tkada dah 'TUAH' masuk bilik aku dan terus tdur kat katil. Selalunya dia lah yg msuk bilik dulu sebelum kteorg tau. Huwaaaaaaaa sedihnya  :'( Dlm pukul 11p.m lebih mak pun balik dan adik dgn muka yg sgt sedih. Budak tue menanggis smpai bengkak punya mata plus merah-merah okeyh, Yeahh terasa dgn pemergian si 'TUAH' tue. Mak sebagai org tua tenangkan adik. And saysc'Tak baik nanggis smpai mcm gitu sekali,Allah da nak amik ajalnya' dan mak ajak adik tdur sekali dgn mak woo. Mak ajak aku jgk tp aku menolak secara baik lah :) Dan korang mesti nak tahu kan mcm mana kucing aku ada kat lua kan? Niee haa si adik aku tue ttup pintu rumah tk rapat smpai menybbkan si 'TUAH' dpt meloloskan dirinya untuk keluar. Tue yg dia nngis tnda penyeselan dia tue,Dan masa tue aku dlm bilik do the work okeyh. Keyboard Off

Nak ganti kucing mcm gini boleyh? HAHA

P/s: Pantau rumah anda sebelum keluar,sbb benda nie semua boleh berlaku dlm sekelip mata sahaja. Dgn kalimah 'KUNFAYAKUN'. Al-fatihah buat si 'TUAH'. Tuah you always in my mind. Sekian dan selamat malam.



Hasil Nukilan : Khadijah Ahmad

← New Past →

Created by S.KhadijahAhmad